Friday, February 25, 2011

TAJUK

Tajuk :

Sejarah penubuhan dan fungsi masjid al-muqarrabin, kangar, perlis

Disediakan untuk :

Ustaz abd aziz bin harjin

Pensyarah ctu 151

Disediakan oleh :

Ummu juwairiah binti yusri

2010658574

Asd2fn

PROGram :

Diploma sains

Fakulti sains gunaan

Tarikh hantar :

25 februari 2011

ISI KANDUNGAN

1. Isi Kandungan
2. Penghargaan
3. Pendahuluan
4. Abstrak
5. Definisi Masjid
6. Peranan dan Fungsi Masjid Al-Muqarrabin
7. Masalah Yang Dihadapi dan Penyelesaian
Terhadap Masalah Yang Tersebut
8. Fungsi Masjid Pada Zaman Rasulullah S.A.W
9. Penutup
10. Rujukan

PENGHARGAAN

Saya, Ummu Juwairiah Binti Yusri, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala urusan sepanjang menghasilkan tugasan mengenai Sejarah & Peranan Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, Kangar, Perlis.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz B. Harjin, pensyarah CTU151 yang telah mengajar dan memberi pelbagai informasi kepada semua pelajar untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Haji Mohd. Yatim B. Kamis, selaku imam masjid, YM. Ku Ahmad B. Ku Abdullah, selaku bilal masjid, semua biro dan ahli jawatankuasa masjid serta para penduduk di kawasan Behor Empiang yang banyak membantu saya dengan berkongsi maklumat-maklumat tentang sejarah penubuhan Masjid Al-Muqarrabin, peranan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap minggu di masjid tersebut.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya, Encik Yusri B. Yahya dan Nik Hasmawati Bt. Abdullah, yang banyak membantu saya mencari maklumat serta memberi sokongan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan lengkap dan sempurna.

Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah memberi rahmat dan keberkatan kepada saya dalam menghasilkan tugasan CTU151 mengenai sejarah dan peranan masjid di kariah saya ini.

Tujuan saya menulis esei ini ialah untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah dan peranan Masjid Al-Muqarrabin, Kangar, Perlis yang terletak berdekatan dengan rumah saya supaya lebih ramai orang dapat mengetahui tentang kewujudan masjid ini di Perlis dan juga kepada para musafir yang ingin singgah menunaikan solat.

Skop penulisan saya dalam esei ini ialah meliputi sejarah penubuhan masjid, peranan dan fungsi masjid tersebut, masalah yang dihadapi dan penyelesaian terhadap masalah-masalah itu.

Dengan adanya masjid Al-Muqarrabin ini dapat memudahkan lagi para penduduk di kawasan Kampung Pondok dan sekitar kawasan Behor Empiang untuk menunaikan salah satu ibadah yang wajib iaitu solat berjemaah di masjid. Oleh itu, saya berharap semua penduduk yang tinggal berhampiran dengan masjid ini akan selalu menunaikan solat secara berjemaah di masjid ini bagi memeriahkan lagi rumah Allah ini. Sesungguhnya, solat berjemaah itu lebih tinggi darjatnya sebanyak 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.

Sekian, terima kasih.