Masalah 1 : Ruang masjid yang agak sempit
· Hal ini menyebabkan hanya sebilangan kecil penduduk sahaja yang boleh menunaikan solat berjemaah di masjid. Pada Hari Raya Aidilfitri terutamanya, mereka yang ingin menunaikan solat sunat Hari Raya terpaksa bersembahyang di luar kawasan masjid.
Penyelesaian :
· Oleh sebab itu, biro-biro serta ahli jawatankuasa masjid telah mengadakan satu mesyuarat untuk berbincang mengenai masalah tersebut. Mereka mencadangkan supaya masjid itu diperbesar dan dibina dengan lebih sistematik ekoran kepada jumlah penduduk yang semakin ramai. Dalam masa lebih kurang 10 bulan, Masjid Al-Muqarrabin ini telah siap dibina dengan jayanya dan mempunyai ruang beribadah yang lebih besar dan selesa.
Masalah 2 : Kekurangan tempat berwuduk
· Keadaan ini menyebabkan para jemaah terpaksa beratur panjang untuk mengambil wuduk terutamanya ketika solat jumaat dan ketika Hari Raya Aidilfitri.
Penyelesaian :
· Pihak yang bertanggungjawab telah mengambil inisiatif dengan menambahkan tempat berwuduk di sekeliling kawasan luar masjid.
Masalah 3 : Kekurangan kipas angin
· Bilangan kipas angin yang sedikit menyebabkan para jemaah berasa panas dan kurang selesa terutamanya bagi mereka yang ingin menunaikan jemaah berterusan pada setiap waktu solat.
Penyelesaian :
· Oleh itu, ahli jawatankuasa masjid telah berbincang untuk menambahkan kipas angin di dalam masjid. Kini, di setiap tiang masjid telah dipasang 3 kipas angin.
Masalah 4 : Kekurangan Al-Quran, Yasin dan telekung
· Pada setiap hari Khamis, bacaan Yasin beramai-ramai diadakan di masjid. Kekurangan Yasin menyebabkan para jemaah terpaksa berkongsi sebuah Yasin dengan lebih daripada dua orang. Masalah ini juga berlaku ketika bacaan tahlil diadakan.
· Telekung selalunya digunakan oleh para musafir yang ingin menunaikan solat. Kekurangan telekung menyukarkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya.
Penyelesaian :
· Wang sumbangan yang telah dikumpul hasil kutipan daripada para penduduk digunakan untuk membeli lebih banyak Al-Quran, Yasin dan telekung. Selain itu, terdapat juga penduduk yang bermurah hati telah menyumbangkan Al-Quran dan Yasin secara percuma di masjid.
No comments:
Post a Comment