Friday, February 25, 2011

DEFINISI MASJID

Pengertian dari segi bahasa :

* Tempat sujud
* Tempat mengerjakan sembahyang
* Tempat yang mulia di sisi Allah S.W.T.

Pengertian dari segi istilah syarak :

* Definisi masjid dari segi istilah syarak ialah tempat yang dipersiapkan untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah oleh kaum muslimin.

* Di antara dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah S.A.W. bersabda ;

أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ وَ جُعِلَتْ لِي اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَ طَهُوْرًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلّ

Yang bermaksud ;

“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu solat, maka solatlah..….”

* Islam sangat menggalakkan pembinaan masjid dan mengimarahkannya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :




مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُمِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ



Yang bermaksud ;


“Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga”. (Riwayat Bukhari)



* Allah telah menjadikan masjid tempat yang mulia di sisi-Nya, ianya juga terkenal dengan nama “Baitul Allah”. Dalam hal ini baginda Rasulullah s.a.w. bersabda ;




أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا




Yang bermaksud ;


“Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya”. (Riwayat Muslim)



* Di dalam hadis yang lain yang memperlihatkan kelebihan masjid, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ;



إ ِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَتَعَاهَدُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُبِالْإِيمَانِ



Yang bermaksud ;


“Apabila kamu melihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke masjid maka saksikanlah baginya dengan keimanan”. (Hadis riwayat Tirmizi)



* Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud;



“Barangsiapa yang membangun dari harta yang halal sebuah masjid untuk Allah, maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga.”




* Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud ;



“….... dan dijadikan bagiku semua bumi ini sebagai masjid dan sebagai sesuatu yg suci- mensucikan .”



* Dari Aisyah r.a. berkata ;



“Sesungguhnya Ummu Habibah dan Ummu Salamah keduanya menyebutkan kepada Rasulullah S.A.W. sebuah gereja yang banyak gambarnya yang pernah dilihat di Habsyah kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Sesungguhnya mereka apabila ada orang soleh yang meninggal maka mereka membangunkan masjid di atas makamnya dan mereka menggambarkan beberapa gambar mereka adalah sejelek-jelek makhluk di sisi Allah pada hari Kiamat’.”

No comments:

Post a Comment