مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ
Yang bermaksud;
“Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga”. (Riwayat Bukhari)
2. Allah telah menjadikan masjid tempat yang mulia di sisi-Nya, ianya juga terkenal dengan nama “Baitul Allah”.
Dalam hal ini baginda Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا
Yang bermaksud ;
“Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya”.
(Riwayat Muslim)
3. Di dalam hadis yang lain, dalam memperlihatkan kelebihan masjid Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;
إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَتَعَاهَدُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
Yang bermaksud ;
“Apabila kamu melihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke masjid maka saksikanlah baginya dengan keimanan”. (Hadis riwayat Tirmizi)
Selain daripada itu, Rasulullah s.a.w. juga menegaskan tentang kelebihan masjid kepada umat Islam iaitu antara manusia yang mendapat perlindungan Allah pada hari Qiamat ialah individu yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid.
No comments:
Post a Comment