Masjid Al-Muqarrabin mula dibina pada tahun 1990. Masjid ini terletak di kawasan Behor Empiang dan berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, dan lebih kurang 2.5 km dari Kangar. Masjid ini dahulu agak kecil dan sempit dan hanya boleh memuatkan jumlah jemaah yang sedikit sahaja. Pada akhir tahun 2007, masjid ini telah dirobohkan untuk dibina masjid baru yang lebih besar dan selesa. Masjid ini siap dibina pada bulan Oktober tahun 2008. Masjid yang baru ini telah memberi keselesaan serta peluang kepada para penduduk untuk menunaikan solat berjemaah di masjid setiap hari. Masjid Al-Muqarrabin ini mempunyai keunikannya tersendiri dari segi struktur binaan serta reka bentuknya yang berbeza dengan masjid-masjid lain yang terdapat di negeri Perlis ini. Pelbagai program yang diadakan setiap hari telah mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk di sekitar kawasan itu. Program-program ini berkesan dalam menambahkan jumlah para jemaah untuk pergi ke masjid dan memperoleh pelbagai ilmu yang sangat berguna.
No comments:
Post a Comment