Sebagai konklusinya, saya amat berharap para penduduk di sekitar kawasan Behor Empiang terutamanya, akan bersama-sama mengimarahkan lagi masjid pada setiap waktu solat ataupun semasa program dijalankan. Selain itu, diharap juga agar segala program yang dijalankan berjaya mengeratkan hubungan, mengukuhkan kerjasama dan kemakmuran serta memantapkan lagi pegangan Islam di kalangan mereka. Jika semua perkara tersebut berjaya dipupuk, insya-Allah segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik dan masjid ini akan terkenal di seluruh negeri sebagai satu institusi yang mempunyai pelbagai fungsi dari segala aspek sama ada ekonomi, politik, sosial mahupun agama.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment